Friday, September 12, 2008

SMKAK .. sekolah kita masuk akhbar lagi???

87 pelajar SMKAK Mergong keracunan


ALOR STAR: Seramai 87 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Mergong di sini sakit perut dan cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati nasi ayam ros ketika berbuka puasa di dewan makan asrama sekolah itu, petang kelmarin.

Mereka adalah pelajar tingkatan satu hingga lima dan mula mengadu sakit perut kira-kira jam 7 pagi semalam ketika mereka sedang bersiap untuk ke sekolah.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan kes keracunan makanan di sekolah sama dalam tempoh kurang satu bulan apabila kira-kira 700 pelajar sekolah itu dihantar ke Klinik Kesihatan Mergong pada 14 Ogos lalu, selepas mengalami muntah dan cirit birit.


Difahamkan, 87 pelajar yang mengalami keracunan itu adalah sebahagian pelajar sekolah yang berbuka puasa di dewan makan asrama berkenaan, manakala lebih 90 peratus lagi memboikot makanan di asrama itu kerana dikatakan kotor dan tercemar, sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan Berita Harian di sekolah itu kelmarin mendapati ramai ibu bapa datang membawa bekalan makanan untuk anak mereka yang enggan makan di dewan itu.

Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman yang ditemui di sekolah itu semalam berkata, keadaan semua pelajar terbabit tidak serius.

"Semua pelajar terbabit hanya dirawat di sekolah dan keadaan mereka tidak serius serta tidak perlu dibawa hospital," katanya.

Sunday, August 24, 2008

salam ramadhan

salam ramadhan buat semua umat islam yang bakal menyambut ramadhan tidak lama lagi..
persiapkanlah diri kita untuk menyambut ramadhan kali ini.. ingatlah bahawa mungkin ini adalah ramadhan yang terakhir bagi kita.. beramallah bagai diri ini kan mati esok hari.. bekerjalah bagai diri ini kan hidup selamanya

mahasiswa mampu tanpa auku

Saturday, May 17, 2008

Mahasiswa MAMPU tanpa AUKU !!

Mayor John Tyler Hammons

Saya berasa tertarik tatkala membaca mengenai kejayaan seorang mahasiswa berusia 19 tahun memenangi kerusi Datuk Bandar Muskogee dalam sebuah pilihan raya yang diadakan baru-baru ini. Berita ini tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Mei 2008 yang lalu.

MAHASISWA USIA 19 TAHUN JADI DATUK BANDAR MUSKOGEE

MUSKOGEE, Oklahoma 14 Mei - Seorang mahasiswa berusia 19 tahun dipilih sebagai Datuk Bandar Muskogee, sebuah bandar kecil di timur laut negeri ini yang mempunyai penduduk seramai 38,000 orang.


John Tyler Hammons menerima 57 peratus undi menewaskan bekas Datuk Bandar, Hershel Ray McBride, kata Setiausaha Lembaga Pilihan Raya Perbandaran Muskogee, Bill Bull.

"Ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya apabila orang ramai memberi kepercayaan tinggi kepada saya," kata Hammons yang sedang mengikuti pengajian tahun pertama di universiti di Norman.

Dua calon itu bertarung pada pilihan raya tersebut bagi merebut jawatan bukan politik, dengan pusingan pertama menyaksikan tidak ada seorangpun berjaya memperolehi 50 peratus undi dalam pertandingan enam penjuru pada 1 April lalu.

Hammons yang akan mengangkat sumpah jawatan minggu depan berkata, beliau merancang untuk meneruskan pengajiannya dan bercadang untuk berpindah ke kolej yang berdekatan dengan Muskogee.

Hammons yang akan mengetuai sembilan anggota majlis perbandaran itu berjanji akan membentuk sebuah kerajaan yang telus dan terbuka dan akan memastikan penduduk mendapat maklumat tentang semua aktiviti dan operasi yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran itu.


Yang pasti, saya berasa sangat cemburu terhadap kehidupan mahasiswa di sana, yang menghirup udara segar demokrasi, hinggakan mereka, disamping menunaikan tanggungjawab menimba ilmu di menara gading, turut berpeluang memainkan peranan sebagai salah seorang warga komuniti Muskogee secara aktif.

Bandar Muskogee, yang dihuni seramai 38,000 penduduk, jika di Malaysia, mungkin boleh disamakan sebagai salah sebuah kawasan Parlimen. Mungkin inilah yang cuba disahut oleh Parti Mahasiswa Negara melalui kontroversi percubaan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini ; bahawa suara mahasiswa sudah layak diketengahkan ke peringkat penggubal dasar negara, dan bukan lagi sekadar berteriak menyuarakan kebenaran di pinggiran bangunan Parlimen sahaja. Dalam hal ini, ternyata Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding Bandar Muskogee dalam aspek demokrasi, dimana mahasiswa di Malaysia dipasung mindanya melalui Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), sehingga mengakibatkan peranan mahasiswa semakin terpinggir dan tidak relevan mendepani massa.

Partisipasi mahasiswa secara aktif di dalam masyarakat dan negara walaupun masih di bangku pengajian, menepis segala tanggapan tidak berasas ; bahawa 1) mahasiswa hanya perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian, 2) mahasiswa wajib bersyukur terhadap kerajaan yang telah menganugerahkan biasiswa dan PTPTN kepada mereka, 3) mahasiswa tidak boleh berpolitik, kerana dibimbangi terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang, serta seribu satu macam lagi hikayat yang direka-reka oleh pihak yang tidak senang melihat mahasiswa mengembangkan potensi mereka.

Selaku salah seorang warganegara Malaysia yang dijamin haknya oleh Perlembagaan Malaysia, mahasiswa sepatutnya diberi peluang untuk berpartisipasi dalam politik dan hal ehwal negara, kerana ia tidak sedikitpun merugikan negara untuk jangka masa yang panjang. Seorang negarawan berpolitik adalah sebagai manifestasi kecintaannya terhadap tanah airnya dan generasi mendatang, bebas daripada kepentingan peribadi. Inilah yang nampaknya gagal difahami oleh kerajaan kini, sehinggakan mereka masih mempertahankan kerelevenan AUKU yang telah melumpuhkan minda mahasiswa selama ini.

Saya masih lagi menunggu perkembangan janji Menteri Pengajian Tinggi yang baru, untuk meminda AUKU. Adakah ianya sekadar meraih publisiti murahan daripada mahasiswa, atau beliau benar-benar serius mahu menyaksikan generasi mahasiswa yang menyumbang kepada negara, sama-samalah kita saksikan kelak.

Akhir kata, mungkin mahasiswa di Malaysia boleh menjemput Datuk Bandar Muskogee, John Tayler Hammons untuk berkongsi pengalaman beliau menghirup udara segar demokrasi di sana disamping berpeluang memikul amanah selaku pemimpin di peringkat masyarakat. Jangan lupa menjemput Dato Khaled Nordin juga bagi membuka minda beliau terhadap kesan kehidupan mahasiswa tanpa belenggu AUKU.

“MAHASISWA MEMIMPIN PERUBAHAN”

Ahmad Shakir bin Salleh
Exco Lajnah Penyelidikan & Pembangunan
Ikatan Studi Islam 2008/2009
Universiti Kebangsaan Malaysia

BADAR SMKAK

Isnin, 2008 Jun 02

Simposuim Naqaba


Simposium Naqaba’ gagal mendapat kelulusan Tuan Pengetua dan ini pasti ada hikmahnya. Kita perlu mengkaji kembali punca kegagalan ini kerana beliau biasanya mengamalkan sistem ‘pintu terbuka’ untuk bekas pelajar SMKAK. Yang pastinya beliau kurang bersetuju dengan cadangan penubuhan Alumni BADAR dan kami selaku JK Penaja Alumni BADAR memahami hasrat Bonda Pengetua yang tidak mahu berlaku percanggahan antara Alumni SMKAK dan Alumni BADAR. Tetapi, usaha kita untuk menubuhkan Alumni BADAR tidak sepatutnya terhenti di sini sahaja. Apa yang perlu ialah memberi keyakinan kepada beliau untuk merestui penubuhan Alumni BADAR ini dan tidak akan ada sebarang percanggahan atau perselisihan dalaman yang bakal berlaku.
Tuan Pengetua atau lebih mesra dengan panggilan ‘mama’ amat mengalu-alukan kedatangan bekas-bekas pelajar untuk bersama pihak sekolah membantu adik-adik. Beliau sekarang memerlukan sokongan dari kita untuk terus berjuang menaikkan martabat SMKAK seperti mana dahulu. Walaupun ada pihak yang kurang senang, kami tetap akan bersama Bonda Pengetua dalam usaha menggemilangkan SMKAK.
Perbincangan perlu dilakukan dengan wakil Alumni SMKAK berhubung cadangan penubuhan Alumni BADAR ini. Malangnya, Alumni SMKAK sendiri bagai sudah kabur dan malap dan itulah kata Bonda Pengetua. Saya sendiri berasa kecewa suatu ketika dahulu apabila berjumpa dengan Setiausaha Agung Alumni SMKAK untuk bertanyakan perihal Alumni SMKAK. Jawapannya, semua maklumat berkenaan alumni sudah hilang dan masing-masing sudah sibuk dengan keluarga dan kerja.
Saya tidak mahu Alumni SMKAK berkubur dan saya amat mengharapkan Alumni BADAR dapat ditubuhkan. Perbincangan perlu dilakukan sesama bekas Exco PPI, BPI dan BADAR agar dapat mencari satu formula yang dapat menarik perhatian beliau kepada cadangan penubuhan Alumni BADAR. Sekian, Wassalam…
p/s : bagi yang inginkan maklumat lanjut mengenai laporan perjumpaan Mohamad Razif dan Ariff Asyraf mengenai Simposium Naqaba’ dengan Tuan Pengetua, sila hantarkan alamat emel, nama dan nombor telefon bimbit anda ke ipsmkak@gmail.com

Isnin, 2008 Mac 17

Tahniah kepada semua calon SPM yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Kami ex-SMKAK tumpang berbangga dengan kejayaan anda semua. Kita juga amat berbangga dengan kejayaan adik Azali bin Azlan yang mendapat 21A daripada SMKA Yan. Moga ia mampu memberikan semangat dan suntikan kepada semua calon SPM 2009 khususnya di SMKAK dan SMKA yang lain di seluruh Kedah.
Daripada :
1. Abang Ghani ex-SMKAK '87
2. Kak Azlina ex-SMKAK '87
3. Kak Syukriah ex-SMKAK '87
4. Abang Azki ex-SMKAK '88
5. Abang Abduh ex-SMKAK '88

Rabu, 2008 Februari 13

Sejarah BADAR SMKA Kedah


PENGENALAN
Dasawarsa mutakhir ini telah memperlihatkan pelbagai perubahan negatif yang berlaku dlam masyarakat kita,seterusnya menyirnakan sinar kegemilangan Islam sebelumnya.Oleh itu, kehadiran generasi selaku penyambung rantaian perjuangan Islam yang dimulakan oleh insan agung, Rasulullah S.A.W adalah amat diperlukan bagi memastikan agam ini terus memancarkan cahayanya yang gemilang seperti mana pada zaman para sahabat dan salafus salih.Lantaran itu, biah solehah harus dipupuk dan dakwah Islamiah perlu terus disebarkan bagi membentuk sebuah Daulah Islamiah dalam jasad yang kian kaku ini.
Justeru, satu jemaah ditubuhkan pada 1984 di sebuah SMKA yang tertua di negeri Kedah, SMK Agama Kedah, bagi menjalankan usaha merealisasikan kesemua impian ini dan dinamakan dengan Persatuan Pendidikan Islam (PPI).Pada tahun 1999 Persatuan ini telah digabungkan di bawah nama Badan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab(BPI) bagi menambah janaan kuasa dan kekuatan dalam melaksanakan program keagamaan dan mencemerlangkan syakhsiah warga SMKAK.Persatuan ini kemudiannya ditukarkan nama kepada Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) pada tahun 2006.
Pada awal penubuhannnya,BADAR hanya mempunyai beberapa biro yang menggerakkannya.Seiring dengan zaman yang semakin tinggi ketamaduannya, kini badan ini berusaha melahirka generasi – generasi yang memiliki pengetahuan Islam disamping serba boleh dalam ilmu – ilmu moden yang diperlukan oleh masyarakat dan dunia.Sekarang, BADAR ditadbir oleh 7 biro yang kesemuanya berperanan dalam usaha menegakkan kalimah Rabbul Jalil di bumi SMKAK.Semoga badan ini akan terus unggul untuk masa akan datang dan disokong oleh generasi – generasi yang akan bersama – sama berjuang menegakkan syiar Islam…

Pengetua SMK Agama Kedah

Senarai nama Pengetua

1 Pengetua Tn Hj Mohd. Sharif b. Abd. Wahab Jan 1984 - Mei 1985
2 Pengetua Tn Hj Abd Hamid b Tahir Mei 1985 - Julai 1994
3 Pemangku Pengetua Tn Hj Abd Hadi b Haron Ogos 1994 - Jun 1995
4 Pengetua Tn Hj Ishak b Mat Isa Sept 1995 -Julai 1997
5 Pemangku Pengetua Tn Hj Abd Hadi b Haron Julai 1997 - Okt 1997
6 Pengetua Tn Hj Abd Rahim b Shaari Okt 1997 - 31 Dis 2002
7 Pengetua Tn Hj Abd wahab b Jamaluddin, B.C.K Jan 2003 - 22 Julai 2004
8 Pengetua Pn Hjh Arpah bt Mohamad Ogos 2004 - 22 Dis 2005
9 Pengetua Pn Hjh Bashirah bt Hj Abdul Jamil 27 Feb 2006 - kini

Sejarah SMKA Kedah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah telah melalui beberapa episod suka duka sehingga dapat berdiri megah ketika ini.

Permintaan kepada institusi pendidikan berasaskan agama begitu tinggi sehingga memerlukan penambahan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang baru. Pelbagai usaha dilakukan sehinggalah satu draf penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah siap dandipersembahkan untuk mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Akhirnya segala keringat dan harapan dapat direalisasikan. Tanggal 1 JAN 1984 masih lagi terpahat di ingatan generasi pertama SMKAK, khususnya insan yang terlibat secara langsung dalam usaha penubuhannya . Sekolah Menengah Tok Jalai ( Sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Tungku Anum ) melakar sejarah pertama buat sekolah tersohor ini. Pengetua pertama yang menempa sejarah SMKAK ialah Tuan Haji Muhd Sharif bin Abd Wahab. Beliau dibantu oleh 4 orang guru.Jumlah pelajar seramai 116 iaitu 45 lelaki dan 71 perempuan. Pada tahun kedua (1985) bilangan pelajar semakin bertambah iaitu sebanyak 205 orang.

Untuk menampung pertambahan ini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mendirikan dua blok asrama yang mempunyai 10 buah bilik untuk pelajar lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun bangunan yang didirikan tidak mempunyai kemudahan surau dan bilik air. Oleh itu pelajar-pelajar ini terpaksa menggunakan bilik air di bangunan sekolah dan melakukan solat berjemaah di padang sekolah. Kerapkali bekalan air terputus dan ini memaksa mereka mandi di sebatang tali air yang jaraknya 1 kilometer dari sekolah dengan ditemani oleh warden. ahun 1984 menyaksikan pertambahan pelajar yang begitu ketara.

Situasi ini tidak memungkinkan SM. Tok Jalai menanggung beban ini seorang diri. Atas dasar bantu-membantu sesama saudara, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas menyambut limpahan pelajar tingkatan empat ini. Pelajar perempuan ditempatkan di asrama yang diubahsuai di sini, manakala pelajar lelaki ditempatkan di sebuah rumah yang disewa di Taman Tabung Haji.

Pelbagai dugaan ditempuhi dalam episod ini, termasuk terpaksa berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer dari Taman Tabung Haji ke SMKKB di samping perut kosong kerana pulang lewat ke asrama. Kadang-kadang pelajar-pelajar terpaksa berjalan kaki meredah hujan dan panas kerana bas kerap kali rosak dan meragam.

Alhamdulillah , akhirnya penat lelah selama 5 tahun bergelar penumpang berakhir. Sekolah Menenah Kebangsaan Agama Kedah begitu megah berdiri bagaikan rindu menanti kepulangan perantau.

Tanggal 31 JAN 1989 masih lagi terpahat seribu kenangan. Penat lelah dengan pelbagai kepayahan menjadi sandaran ke arah membina SMKAK yang lebih baik. 1 FEB 1989 menerima kemasukan pelajar-pelajar ini. Pada malamnya satu kenduri kesyukuran diadakan sebagai melafazkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas limpahan rahmatNya ini.

Sehingga kini SMKAK begitu megah berdiri membina wawasan anak bangsa ke arah merealisasikan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

al-quds

Hadiah Sempena Memperingati Hari Al-Quds Sedunia

Thursday, August 21, 2008

Jarum jam yang berdetik terus berputar laju tanpa berpatah lagi ke belakang; kecuali jam yang rosak, barangkali. Sedar tak sedar, sejarah telah merakamkan usia 39 tahun pembakaran Masjid Al-Aqsa, iaitu pada 21 Ogos 1969 yan lalu, oleh seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan. Api yang marak telah membakar tembok serta mimbarnya yang besar, iaitu Mimbar Solahuddin.

Penduduk Islam Palestin berusaha keras memadamkan kebakaran tersebut. Melihatkan situasi kebakaran yang begitu dahsyat, di samping tiada langsung bantuan daripada pihak bomba, maka tiada lain yang terlintas di hati rakyat Palestin tika itu selain mengharapkan pertolongan Allah semata-mata. Mungkin daripada segi logik akal, dengan api yang marak sebegitu lazimnya pasti akan menghancur-lebur dan meluputkan langsung Masjid Al-Aqsa dari bumi Palestin. Namun Allah itu Maha Hebat, lagi Maha Perkasa, maka siapakah yang mampu melawan Kuasa-Nya yang Agung? Dengan kehendak-Nya, terselamatlah Masjid Al-Aqsa daripada hangus terbakar ditelan api.

Ternyata, peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam merupakan suatu agenda jahat rejim Zionis Yahudi terhadap umat Islam. Buktinya, Dennis Michael Rohan yang sepatutnya dipertanggungjawabkan atas kebakaran tersebut telah dibebaskan oleh Yahudi atas alasan bahawa dia ‘gila’ meskipun Rohan merupakan seorang doktor perubatan yang taatkan agamanya kerana dia sendiri telah mengakui melakukan pembakaran tersebut, bersesuaian dengan berita daripada Kitab Zakaria.

Disebabkan tiada pembelaan terhadap Masjid Al-Aqsa yang telah dibakar dan dihina sedemikian rupa, maka negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Sejak itulah tanggal 21 Ogos pada setiap tahun telah diangkat sebagai Hari Memperingati Al-Quds Sedunia (Rememberance Of Al-Quds) bagi memperingati tragedi kebakaran tersebut. Ia merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Justeru, sempena Hari Memperingati Al-Quds Sedunia ini, apakah peranan kita selaku umat Islam? Apakah sekadar mengingati tarikh penting ini sahaja sambil bergoyang kaki tanpa adanya sebarang sensitiviti di hati? Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan kepada seluruh umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid Al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Maka, ‘hadiah’ yang selayaknya diberikan oleh kita selaku umat Islam terhadap isu-isu berhubung Palestin ini, khasnya sempena Hari Memperingati Al-Quds Sedunia ialah beruaha melahirkan iltizam, sensitiviti, kecenderungan untuk terus membela dan memajukan umat Islam, khususnya bagi membantu saudara-saudara kita yang tertindas di tanah air mereka yang dirampas secara kejam sehingga menjadi pelarian di negara sendiri. Seterusnya, kita hendaklah bermuhasabah dengan menjadikan tragedi pembakaran Masjid Al-Aqsa dan segala penindasan yang berlaku ke atas umat Islam sebagai suatu peringatan, pengajaran serta motivasi untuk bersiap sedia dengan segala kelengkapan dan pertahanan bagi menghadapi sebarang kemungkinan daripada pihak musuh yang senantiasa berusaha menindas dan menjatuhkan empayar Islam.

Oleh itu, marilah bersama-sama menjadikan Hari Al-Quds Sedunia sebagai medan memuhasabah dan memperbaiki diri sendiri.

Mohd Faisal Bin Mustaffa
http//:faisalkini.blogspot.com


Saiful sumpah???

Friday, August 15, 2008

SAIFUL BERMUBAHALAH


Saiful telah pun bersumpah seperti mana yang ia telah janjikan sebelum ini...insyAllah dalam masa 40 hari sesudah ini akan berlaku suatu hal yang cukup besar akan berlaku baik terhadap Saiful atau pun DSAI.ini rentetan cerita dari kisah lalu.telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijab waima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan. rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancang konspirasi 1998 lepas

Lihat senarai mereka yang telah diadili.Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?

Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.

Aziz Shamsuddin------> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.

Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar.Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya.

Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.Ya, hanya 'perkara yang baik' akan menemui mereka yang melakukan 'kebaikan' kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.

Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya, tidak wajar diberi 'jalan keluar' yang mudah. Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian.Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian?Hamzah diperintah bayar RM11.206 jutaPada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta dan jumlah ini mesti dibayar dalam tempoh sebulan.Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri, ketika membaca keputusan itu berkata, ia merangkumi bayaran tuntutan mutaah dan tuntutan nilai gaji serta kenaikan tahunan ekoran perletakan jawatan plaintif (bekas isteri) yang kesemuanya berjumlah RM11.206 juta.

Dalam keputusan itu, mahkamah juga mengarahkan Hamzah membayar satu pertiga daripada harta sepencarian melalui jumlah saham-saham di tiga buah syarikat sebanyak 21,064,286 unit atau sebagai pilihan beliau perlu membayar RM10 juta.Mahkamah turut memutuskan harta tuntutan balas Hamzah terhadap Nooraini yang berupa dua kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor, dikekalkan milik bekas isterinya keseluruhannya sebagai hibah."Tuntutan mutaah yang layak kepada plaintif dalam masa perkahwinan mereka selama 15 tahun.""Tuntutan nilai gaji dan kenaikan tahunan setelah plaintif meletakkan jawatan dalam masa perkahwinan adalah layak dituntut selama 22 tahun," katanya lagi.

Hamzah diwakili oleh peguam syarie Zulkefli Ulul Aziz, manakala Nooraini pula oleh peguam syarie Asmuni Alwi.Tuntutan mutaah merangkumi nafkah diri selama 15 tahun sebanyak RM360,000; pakaian dan hiasan diri sebanyak RM270,000 serta upah menjaga anak kira-kira RM180,000.Bagi tuntutan nilai gaji selama 22 tahun berjumlah RM382,866 manakala kenaikan tahunan pula kira-kira RM13,200.

Dalam keputusan itu, Hassan berkata, mahkamah memutuskan harta tiga buah syarikat yang dihujahkan sebelum ini diisytiharkan sebagai harta sepencarian iaitu Hexagon Holding Berhad, Evermaster Group Berhad dan Asian Pac Holding Berhad.Katanya, jumlah unit saham di Hexagon Holding Berhad adalah 3,013,957 unit, Evermaster Group Berhad adalah 3,496,901 unit dan Asian Pac Holding Berhad adalah 56,682,000 unit."Dengan itu, plaintif layak dan berhak menuntut satu pertiga bahagian daripada jumlah nilai saham di tiga buah syarikat tersebut.""Tetapi defendan diberi pilihan dengan membayar sebanyak RM10 juta sebagai ganti," katanya.

Hassan memberitahu, Nooraini berhak membuat tuntutan mutaah kerana sepanjang perkahwinan dengan Hamzah, beliau tidak pernah mengaibkan nama suaminya serta sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan anak-anaknya."Mutaah wajib dibayar oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang taat dan tidak pernah dilaporkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah.""Bagi kes itu, si isteri sanggup berkorban dengan bekerja sendiri walaupun defendan mengetahui kesukaran yang dialami bagi menanggung dan menjaga anak-anak dirumah," katanya.

renung2kanlah

Sumber: Tranungkite

Perintah.. Larangan

Meninggalkan perintah lebih berat daripada mengerjakan larangan

Sahl bin Abdullah berkata, "Meninggalkan perintah lebih berat di sisi Allaah daripada mengerjakan larangan.

Sebab Adam dilarang makan buah pohon, namun beliau tetap makan buah itu, lalu bertaubat.

Sementara Iblis diperintah untuk bersujud kepada Adam, namun dia menolak dan tidak mahu bertaubat.."

Dosa mengerjakan larangan biasanya bersumber daripada nafsu dan kebutuhan.

Sementara dosa meninggalkan perintah biasanya bersumber daripada kesombongan dan bongkak. Padahal tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada kesombongan meskipun hanya sebesar dzarrah.

Sementara orang yang meninggal dunia dalam keadaan tauhid akan masuk syurga meskipun dia pernah berzina dan mencuri..

Mengerjakan yang diperintahkan lebih 'disukai' Allaah daripada meninggalkan larangan.. contoh, dalam riwayat Al-Bukhari dan Muslim, "Amal yang paling disukai Allaah ialah solat pada waktunya."

Sedangkan pada sisi larangan maka yang lebih banyak disebutkan ialah 'penafian' rasa cinta.. seperti dalam firmanNya, (An-Nisa':148)- "Allaah tidak suka ucapan buruk yang diucapkan dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya."

Buat apa yang diperintah adalah hal yang memang diperintahkan, dan meninggalkan larangan bermaksud untuk ‘menyempurnakan’ pelaksanaan perintah, contoh; judi yang dilarang Allaah boleh menghalang dzikr kepada Allaah dan melalaikan solat.

Buat apa yang diperintah termasuk menjaga kekuatan ‘percaya’ (iman) dan keteguhannya,

Sedangkan meninggalkan yang dilarang merupakan ‘pelindung’ supaya iman tidak terganggu.

Menjaga kekuatan lebih utama daripada melindunginya! Selagi kekuatan bertambah kuat, tentu ia mampu menolak pengaruh-pengaruh yang rosak.. Selagi kekuatan melemah, maka pengaruh-pengaruh yang rosak akan menang.

Melaksanakan apa yang diperintah ialah kehidupan hati, santapan, hiasan, kesenangan dan kenikmatannya.

Sedangkan meninggalkan apa yang dilarang tidak menghasilkan yang seperti ini. Andaikan seseorang meninggalkan yang dilarang, dan dia tidak memiliki iman dan tidak mengerjakan hal-hal yang diperintahkan, maka tindakannya itu sama sekali tidak memberi manfaat, dan dia akan kekal selama-lamanya di neraka.

Siapa yang mengerjakan hal-hal yang diperintahkan dan juga hal-hal yang dilarang, maka boleh jadi dia selamat, selagi kebaikan-kebaikannya dapat mengalahkan keburukan-keburukan, atau boleh jadi dia akan selamat setelah menjalani hukuman atas keburukan-keburukannya. Tapi bagaimanapun juga, dia akan selamat, kerana dia mengerjakan hal-hal yang diperintahkan.

Siapa yang meninggalkan hal-hal yang diperintahkan dan juga hal-hal yang dilarang, maka dia akan celaka dan tidak akan selamat. Dia tidak akan selamat kecuali jika dia mengerjakan apa yang diperintahkan, yang paling penting adalah tauheed.

Untuk tahu lebih lanjut, bacalah buku ini:
- Mendulang Faidah Dari Lautan Ilmu
- Ibnu Qayyim Al-Jauziah

Sesungguhnya, yang diperintah lebih utama. Sebab itu untuk dalami Islam tauhid perkara pertama yang dipelajari. It’s the basic of Islam.

Satu ungkapan yang aku ‘copy paste’ entah dari mana:

Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak bersungguh dalam beribadah kepada Allah. Ini mungkin disebabkan diri pernah melakukan dosa yang amat besar..diri rasa seolah-olah Allah tidak mahu memandang diri lagi..

Ketahuilah bahawa: firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud; "Wahai anak Adam! selagi engkau berdoa kepadaKu dan bergantung harap kepadaKu, Aku akan mengampuni dosamu dan Aku tidak peduli. wahai anak Adam! walaupun dosamu memenuhi awan di langit, kemudian engkau memohon ampunan daripadaKu, Aku akan mengampunimu dan Aku tidak peduli. wahai anak Adam! jika engkau datang kepadaKu dengan dosa sepenuh Bumi dan engkau datang kepadaKu dalam keadaan engkau tidak mensyirikkan Aku walau sedikitpun, maka Aku akan datang kepadamu sebanyak itu dengan keampunan kepadamu."

Cinta????

"fitrah insaniah setiap manusia mempunyai rasa untuk bercinta.. setiap manusia itu diberikan rasa untuk bercinta tapi ingatlah fitrah cinta yang diberi hanyalah untuk ALLAH".. tiada ada cinta, tiada ada kasih, tiada ada sayang, tiada ada rindu yang selayaknya melainkan pada ALLAH" disamping kecintaan kepada rasulullah kepada ibu bapa dan juga kecintaan kepada muslim yang lain iaitu dengan mengamalkan amar makruf nahi munkar yang jelas menunjukkan kecintaan kita kepada muslim yang lain seperti kata ibnu qayim..(martabat hubb terhadap muslim yang lain)

Pesanan ringkas buat teman

pesanan ringkas..
Message: Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra
berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah
mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam
aku sebelum di
Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang
dari umatku telah di datang oleh
malaikatul maut dengan keadaan
yg amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya, maka malaikat itu
terhalang perbuatannya itu disebabkan
oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA
KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari
umatku telah disediakan azab kubur yang
amat menyeksakan, diselamatkan
oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari
umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-
iblis lakhnatullah, maka ia
diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG
TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana
umatku diseret dengan rantai yang
diperbuat daripada api neraka
jahanam yang dimasukkan dari mulut
dan dikeluarkan rantai
tersebut ke duburnya oleh malaikat
Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa
dahaga yang amat berat, setiap kali
dia mendatangi satu telaga di
halang dari meminumnya, ketika itu
datanglah pahala PUASANYA YANG
IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi
minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba
untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-
kumpulan, setiap kali dia datang dia
akan
diusir, maka menjelmalah MANDI
JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil kekumpulanku seraya
duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari
umatku berada di dalam keadan gelap
gelita di sekelilingnya,
sedangkan dia sendiri di dalam keadaan
binggung, maka datanglah
pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada
tempat
yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba
berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun
membalas bicaranya, maka menjelmalah
SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar
menyambut bicaranya, lalu berbicara
mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang
menepis-nepis percikan api ke
mukanya,maka segeralah
menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS
KERANA ALLAH SWT lalu menabir
muka dan kepalanya dari bahaya api
tersebut.
SABDA RASULULLAH
SAW: "SAMPAIKANLAH
PESANANKU KEPADA UMATKU YANG
LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Satu perjuangan

salam...ari tu sy da terbaca satu blog n tetiba2 ati sy tertarik nak kongsi sama2 dgn kwan2..
Very Happy
IKHTILAT
Seorang yang menggelarkan dirinya YANG JAHIL meminta saya untuk menulis artikel berkaitan ikhtilat dalam gerak kerja. Saya ada bertanyakan satu persoalan yang harus kita fikirkan bersama. Apakah yang dimaksudkan dengan masalah hati.

Masalah hati dalam perbincangan ini bukan merujuk kepada hati yang tidak bersih sehingga melahirkan maksiat seprti mengumpat, mencela, dan juga merosakkan harta benda. Tetapi maksiat hati dalam ruangan ini merujuk kepada suatu dimensi perhubungan antara dua gender yang berbeza.

Lelaki dengan perempuan merupakan ciptaan Allah yang dijadikan untuk hidup bersama. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dengan tujuan untuk menampung. Lelaki mungkin ada kebijaksanaan akal 9/10 tetapi perempuan memiliki prestasi emosi 9/10. dengan emosilah perempuan jarang sekali terlibat dengan perkara-perkara negatif seperti rasuah dan berat tulang.

Akal tinggi yang dimiliki lelaki akan menuntuni perempuan, maaf, lebih baik jika kita gunakan istilah wanita, manakala dengan emosi wanita yang baik itulah mereka menampung kekurangan lelaki. Antara keduanya ada satu magnet yang boleh mendekatkan antara keduanya.

Allah SWT mengizinkan magnet itu mencantunkam kedua-dua gender ini apabila tiba masanya. Lalu dengan magnet inilah lelaki menaruh perasaan kepada wanita dan wanita menaruh perasaan kepada lelaki. Ia sangat adil dan sangat indah apatah lagi kalau kekuatan magnet itu digunakan dengan cara yang baik dan berkesan.

“Akhi, ana cukup berkenan dengan si Ani tu. Dia seorang muslimah yang solehah. Kami pernah bekerja bersama-sama dalam satu program lama dahulu”.

Ah, bolehkah si Yusri ini (bukan nama sebenar) menaruh hati kepada si Ani yang pernah bekerja dengan beliau? Jika kita katakana salah, maka kita tidak bersikap adil kerana kita telah menafikan kuasa dan pengaruh magnet yang telah dibekalkan oleh Allah kepada kita.

Dengan kuasa magnet itulah Abang Naim berkahwin dengan Kak Suhaila. Maka apakah kedua-duanya salah kerana masing-masing ada perasaan semasa bekerja bersama-sama. Pastinya tidak sama sekali.

Lalu, bagaimana dengan maksud ikhtilat yang ingin kita bicarakan. Apakah si wanita yang bercakap dengan suara yang sangat perlahan sehingga dengar-dengar sahaja, memaksa si lelaki menumpukan sepenuh perhatian untuk mendengar bait-bait katanya? Ah, kalau sampai begitu, masakan kita mampu mencari pengganti Rafidah Aziz dan Shahrizat Jalil mahupun Nurul Izzah.

Apakah ikhtilat itu, si lelaki langsung tidak akan memandang wanita dengan matlamat menundukkan pandangan? Lalu jadilah seperti seorang kawan saya yang menundukkan pandangan ketika melintasi saya sehingga hampir terlanggar tiang.

Apakah ikhtilat itu, program harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya kian terjaga. Kalau begitu, maka saya dapat merasakan percambahan idea tidak akan berkembang. Idea lelaki dengan wanita pasti ada banyak bezanya, apatah lagi si wanita sangat halus dan teliti kerjanya sedangkan si lelaki pula hanya bersahaja.
Lalu, apakah ikhtilat itu? Saya sengaja mengemukakan beberapa persoalan terlebih dahulu agar difahami dengan baik secara realitas. Maaf, tulisan saya ada bercampur sedikit dengan bahasa Indonesia.

Saya dapat merasakan ikhtilat itu adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga melarutkan diri dalam lemas kesenangan. Mereka jadi tidak tenang dan gumam, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia.

Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begiru juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga.

Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.

Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam.

Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA. Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertmu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjangan langsung tidak dihulurkan.

Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hlang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik.

Kata BUDAK U, kahwinlah… Very Happy