Sunday, August 24, 2008

BADAR SMKAK

Isnin, 2008 Jun 02

Simposuim Naqaba


Simposium Naqaba’ gagal mendapat kelulusan Tuan Pengetua dan ini pasti ada hikmahnya. Kita perlu mengkaji kembali punca kegagalan ini kerana beliau biasanya mengamalkan sistem ‘pintu terbuka’ untuk bekas pelajar SMKAK. Yang pastinya beliau kurang bersetuju dengan cadangan penubuhan Alumni BADAR dan kami selaku JK Penaja Alumni BADAR memahami hasrat Bonda Pengetua yang tidak mahu berlaku percanggahan antara Alumni SMKAK dan Alumni BADAR. Tetapi, usaha kita untuk menubuhkan Alumni BADAR tidak sepatutnya terhenti di sini sahaja. Apa yang perlu ialah memberi keyakinan kepada beliau untuk merestui penubuhan Alumni BADAR ini dan tidak akan ada sebarang percanggahan atau perselisihan dalaman yang bakal berlaku.
Tuan Pengetua atau lebih mesra dengan panggilan ‘mama’ amat mengalu-alukan kedatangan bekas-bekas pelajar untuk bersama pihak sekolah membantu adik-adik. Beliau sekarang memerlukan sokongan dari kita untuk terus berjuang menaikkan martabat SMKAK seperti mana dahulu. Walaupun ada pihak yang kurang senang, kami tetap akan bersama Bonda Pengetua dalam usaha menggemilangkan SMKAK.
Perbincangan perlu dilakukan dengan wakil Alumni SMKAK berhubung cadangan penubuhan Alumni BADAR ini. Malangnya, Alumni SMKAK sendiri bagai sudah kabur dan malap dan itulah kata Bonda Pengetua. Saya sendiri berasa kecewa suatu ketika dahulu apabila berjumpa dengan Setiausaha Agung Alumni SMKAK untuk bertanyakan perihal Alumni SMKAK. Jawapannya, semua maklumat berkenaan alumni sudah hilang dan masing-masing sudah sibuk dengan keluarga dan kerja.
Saya tidak mahu Alumni SMKAK berkubur dan saya amat mengharapkan Alumni BADAR dapat ditubuhkan. Perbincangan perlu dilakukan sesama bekas Exco PPI, BPI dan BADAR agar dapat mencari satu formula yang dapat menarik perhatian beliau kepada cadangan penubuhan Alumni BADAR. Sekian, Wassalam…
p/s : bagi yang inginkan maklumat lanjut mengenai laporan perjumpaan Mohamad Razif dan Ariff Asyraf mengenai Simposium Naqaba’ dengan Tuan Pengetua, sila hantarkan alamat emel, nama dan nombor telefon bimbit anda ke ipsmkak@gmail.com

Isnin, 2008 Mac 17

Tahniah kepada semua calon SPM yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Kami ex-SMKAK tumpang berbangga dengan kejayaan anda semua. Kita juga amat berbangga dengan kejayaan adik Azali bin Azlan yang mendapat 21A daripada SMKA Yan. Moga ia mampu memberikan semangat dan suntikan kepada semua calon SPM 2009 khususnya di SMKAK dan SMKA yang lain di seluruh Kedah.
Daripada :
1. Abang Ghani ex-SMKAK '87
2. Kak Azlina ex-SMKAK '87
3. Kak Syukriah ex-SMKAK '87
4. Abang Azki ex-SMKAK '88
5. Abang Abduh ex-SMKAK '88

Rabu, 2008 Februari 13

Sejarah BADAR SMKA Kedah


PENGENALAN
Dasawarsa mutakhir ini telah memperlihatkan pelbagai perubahan negatif yang berlaku dlam masyarakat kita,seterusnya menyirnakan sinar kegemilangan Islam sebelumnya.Oleh itu, kehadiran generasi selaku penyambung rantaian perjuangan Islam yang dimulakan oleh insan agung, Rasulullah S.A.W adalah amat diperlukan bagi memastikan agam ini terus memancarkan cahayanya yang gemilang seperti mana pada zaman para sahabat dan salafus salih.Lantaran itu, biah solehah harus dipupuk dan dakwah Islamiah perlu terus disebarkan bagi membentuk sebuah Daulah Islamiah dalam jasad yang kian kaku ini.
Justeru, satu jemaah ditubuhkan pada 1984 di sebuah SMKA yang tertua di negeri Kedah, SMK Agama Kedah, bagi menjalankan usaha merealisasikan kesemua impian ini dan dinamakan dengan Persatuan Pendidikan Islam (PPI).Pada tahun 1999 Persatuan ini telah digabungkan di bawah nama Badan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab(BPI) bagi menambah janaan kuasa dan kekuatan dalam melaksanakan program keagamaan dan mencemerlangkan syakhsiah warga SMKAK.Persatuan ini kemudiannya ditukarkan nama kepada Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) pada tahun 2006.
Pada awal penubuhannnya,BADAR hanya mempunyai beberapa biro yang menggerakkannya.Seiring dengan zaman yang semakin tinggi ketamaduannya, kini badan ini berusaha melahirka generasi – generasi yang memiliki pengetahuan Islam disamping serba boleh dalam ilmu – ilmu moden yang diperlukan oleh masyarakat dan dunia.Sekarang, BADAR ditadbir oleh 7 biro yang kesemuanya berperanan dalam usaha menegakkan kalimah Rabbul Jalil di bumi SMKAK.Semoga badan ini akan terus unggul untuk masa akan datang dan disokong oleh generasi – generasi yang akan bersama – sama berjuang menegakkan syiar Islam…

Pengetua SMK Agama Kedah

Senarai nama Pengetua

1 Pengetua Tn Hj Mohd. Sharif b. Abd. Wahab Jan 1984 - Mei 1985
2 Pengetua Tn Hj Abd Hamid b Tahir Mei 1985 - Julai 1994
3 Pemangku Pengetua Tn Hj Abd Hadi b Haron Ogos 1994 - Jun 1995
4 Pengetua Tn Hj Ishak b Mat Isa Sept 1995 -Julai 1997
5 Pemangku Pengetua Tn Hj Abd Hadi b Haron Julai 1997 - Okt 1997
6 Pengetua Tn Hj Abd Rahim b Shaari Okt 1997 - 31 Dis 2002
7 Pengetua Tn Hj Abd wahab b Jamaluddin, B.C.K Jan 2003 - 22 Julai 2004
8 Pengetua Pn Hjh Arpah bt Mohamad Ogos 2004 - 22 Dis 2005
9 Pengetua Pn Hjh Bashirah bt Hj Abdul Jamil 27 Feb 2006 - kini

Sejarah SMKA Kedah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah telah melalui beberapa episod suka duka sehingga dapat berdiri megah ketika ini.

Permintaan kepada institusi pendidikan berasaskan agama begitu tinggi sehingga memerlukan penambahan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang baru. Pelbagai usaha dilakukan sehinggalah satu draf penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah siap dandipersembahkan untuk mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Akhirnya segala keringat dan harapan dapat direalisasikan. Tanggal 1 JAN 1984 masih lagi terpahat di ingatan generasi pertama SMKAK, khususnya insan yang terlibat secara langsung dalam usaha penubuhannya . Sekolah Menengah Tok Jalai ( Sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Tungku Anum ) melakar sejarah pertama buat sekolah tersohor ini. Pengetua pertama yang menempa sejarah SMKAK ialah Tuan Haji Muhd Sharif bin Abd Wahab. Beliau dibantu oleh 4 orang guru.Jumlah pelajar seramai 116 iaitu 45 lelaki dan 71 perempuan. Pada tahun kedua (1985) bilangan pelajar semakin bertambah iaitu sebanyak 205 orang.

Untuk menampung pertambahan ini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mendirikan dua blok asrama yang mempunyai 10 buah bilik untuk pelajar lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun bangunan yang didirikan tidak mempunyai kemudahan surau dan bilik air. Oleh itu pelajar-pelajar ini terpaksa menggunakan bilik air di bangunan sekolah dan melakukan solat berjemaah di padang sekolah. Kerapkali bekalan air terputus dan ini memaksa mereka mandi di sebatang tali air yang jaraknya 1 kilometer dari sekolah dengan ditemani oleh warden. ahun 1984 menyaksikan pertambahan pelajar yang begitu ketara.

Situasi ini tidak memungkinkan SM. Tok Jalai menanggung beban ini seorang diri. Atas dasar bantu-membantu sesama saudara, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas menyambut limpahan pelajar tingkatan empat ini. Pelajar perempuan ditempatkan di asrama yang diubahsuai di sini, manakala pelajar lelaki ditempatkan di sebuah rumah yang disewa di Taman Tabung Haji.

Pelbagai dugaan ditempuhi dalam episod ini, termasuk terpaksa berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer dari Taman Tabung Haji ke SMKKB di samping perut kosong kerana pulang lewat ke asrama. Kadang-kadang pelajar-pelajar terpaksa berjalan kaki meredah hujan dan panas kerana bas kerap kali rosak dan meragam.

Alhamdulillah , akhirnya penat lelah selama 5 tahun bergelar penumpang berakhir. Sekolah Menenah Kebangsaan Agama Kedah begitu megah berdiri bagaikan rindu menanti kepulangan perantau.

Tanggal 31 JAN 1989 masih lagi terpahat seribu kenangan. Penat lelah dengan pelbagai kepayahan menjadi sandaran ke arah membina SMKAK yang lebih baik. 1 FEB 1989 menerima kemasukan pelajar-pelajar ini. Pada malamnya satu kenduri kesyukuran diadakan sebagai melafazkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas limpahan rahmatNya ini.

Sehingga kini SMKAK begitu megah berdiri membina wawasan anak bangsa ke arah merealisasikan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

No comments: