Friday, September 12, 2008

SMKAK .. sekolah kita masuk akhbar lagi???

87 pelajar SMKAK Mergong keracunan


ALOR STAR: Seramai 87 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Mergong di sini sakit perut dan cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati nasi ayam ros ketika berbuka puasa di dewan makan asrama sekolah itu, petang kelmarin.

Mereka adalah pelajar tingkatan satu hingga lima dan mula mengadu sakit perut kira-kira jam 7 pagi semalam ketika mereka sedang bersiap untuk ke sekolah.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan kes keracunan makanan di sekolah sama dalam tempoh kurang satu bulan apabila kira-kira 700 pelajar sekolah itu dihantar ke Klinik Kesihatan Mergong pada 14 Ogos lalu, selepas mengalami muntah dan cirit birit.


Difahamkan, 87 pelajar yang mengalami keracunan itu adalah sebahagian pelajar sekolah yang berbuka puasa di dewan makan asrama berkenaan, manakala lebih 90 peratus lagi memboikot makanan di asrama itu kerana dikatakan kotor dan tercemar, sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan Berita Harian di sekolah itu kelmarin mendapati ramai ibu bapa datang membawa bekalan makanan untuk anak mereka yang enggan makan di dewan itu.

Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman yang ditemui di sekolah itu semalam berkata, keadaan semua pelajar terbabit tidak serius.

"Semua pelajar terbabit hanya dirawat di sekolah dan keadaan mereka tidak serius serta tidak perlu dibawa hospital," katanya.

2 comments:

~m@St3RmiNd~ said...

heh..sejarah lama berulang kembali..masa taun 96 pun penah keracunan besar2an..tp tak tukaq2 jugak toke dewan makan tu..

ZAIDI NAWAWI said...

Assalamualaiku,

Cho

Zebo ni

hang buat pa lani ustaz??

Cirit... hehehe